Pengunjung ke reruai Berita Harian (BH) di acara Raikan Ilmu @ Heartlands di Our Tampines Hub (OTH) pada 13 dan 14 Jun berpeluang menyelami potensi kecerdasan buatan (AI) dalam menyokong pembelajaran anak-anak menerusi sesi vodcast dijadual berlangsung mulai 11 pagi.
Pada hari pertama, Cik Maryam Dzinnira Mohd Huzaini, 37 tahun, akan berkongsi pengalaman membesarkan empat anaknya dengan bantuan AI.





