KUALA LUMPUR: AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih terangkum untuk menyokong penumpang berkeperluan khas, menyusuli kejadian sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha baru-baru ini.
Langkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan AK 1776 dari Singapura ke...





