Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan 30 pemandu melakukan kesalahan lalu lintas di Pusat Pemeriksaan Woodlands sepanjang hujung minggu panjang Hari Vesak, dari 28 Mei hingga 1 Jun lalu.
Antara mereka termasuk pemandu sembilan kenderaan berdaftar asing, yang dikenakan larangan masuk ke Singapura atas kesalahan seperti melanggar garisan berkembar putih dan memotong barisan.





