JAKARTA: Indonesia akan mewajibkan semua petugas haji bagi musim 2027 menjalani latihan khas ala tentera di kem bagi meningkatkan disiplin, kesiapsiagaan dan mutu perkhidmatan kepada jutaan anggota jemaah negara itu di Tanah Suci.
Timbalan Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, berkata pengalaman di lapangan menunjukkan keberkesanan operasi haji amat bergantung kepada tahap persediaan petugas.





