PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa syukur apabila kesihatan anak sulungnya, Muhammad, 13 tahun, yang diserang penyakit saraf atau Bell’s Palsy kini menunjukkan perubahan semakin positif.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 35 tahun, berkata keadaan fizikal anaknya dilihat semakin pulih dan hampir kembali kepada keadaan sedia kala.





