JOHOR BAHRU: Seorang ibu muda, Nuran Batrisya Jamaludin, 22, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 3 Jun atas tuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan, Mei lalu.
Tertuduh, yang kelihatan tenang, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.





