Walaupun Jaswinder Singh masih baharu dalam kancah Liga Perdana Singapura (SPL), beliau bukanlah orang asing di FC Jurong, setelah menghabiskan tujuh tahun bersama kelab yang telah membentuk perkembangan dan peningkatannya dalam dunia bola sepak.
Dalam temu bual bersama Berita Harian (BH), beliau berkongsi, selepas tujuh tahun berada dalam sistem kelab tersebut, yang dulu dikenali sebagai Albirex Niigata Singapura, beliau kini...





