Di tengah-tengah minat serantau yang semakin meningkat terhadap tenaga nuklear, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan melawat London dan Paris bagi bertemu para pengawal selia nuklear, pakar dan penyedia teknologi.
Semasa mengumumkan pertemuan itu pada 1 Jun, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) berkata perbincangan tersebut menyokong usaha Singapura memperkukuh perkongsian antarabangsa dan keupayaan dalam keselamatan serta kawal selia...





