Sekitar 400 ekor haiwan korban dari Australia yang dikendalikan syarikat pengendali korban, The Meat Brothers Pte Ltd, mungkin tiba lewat bagi ibadah korban secara langsung di sini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Menurut Muis, kelewatan tersebut dijangka menjejas empat masjid iaitu Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Pusara Aman, dan sebahagian daripada bekalan haiwan korban di Masjid Jamae...





