JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor memandang serius kejadian kekecohan dan gangguan terhadap petugas media yang dilaporkan berlaku semasa liputan sebuah konvensyen parti politik di bandar raya ini pada 17 Mei.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, berkata sebarang tindakan yang boleh menghalang tugas pengamal media atau menjejas keselamatan mereka ketika menjalankan tanggungjawab profesional tidak sepatutnya berlaku dalam...





