JAKARTA: Indonesia bersama sembilan negara lain mengecam tindakan Israel memintas flotila bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Dalam kenyataan bersama, menteri luar dari Indonesia, Turkey, Bangladesh, Brazil, Colombia, Jordan, Libya, Maldives, Pakistan dan Sepanyol mengutuk tindakan Israel terhadap Global Sumud Flotilla, yang digambarkan sebagai misi bantuan awam secara aman...





