Keputusan menangguhkan rancangan penggabungan M1 dan Simba pada 18 Mei lalu telah menghangatkan kembali desas-desus mengenai kemungkinan StarHub muncul semula sebagai pembida untuk mengambil alih M1.
Sejurus selepas Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkan penangguhan penilaian terhadap penyatuan M1-Simba sehingga diberitahu kelak, barisan penganalisis mula meneliti pilihan lain bagi konsolidasi sektor telekomunikasi di Singapura.





