KUALA LUMPUR: Lapan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Perdana Menteri.
Pengerusi MKM, Encik Ram Erfan Zur Nuqman, mengesahkan perkara itu pada satu sidang media di Petaling Jaya, Selangor, pada malam 11 Mei.





