Isu pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang masih berlarutan tanpa penyelesaian muktamad, dilihat ramai sebagai cerminan kepada pergolakan dan ketidaktentuan dalam blok Perikatan Nasional (PN).
Walaupun proses peralihan jawatan Pengerusi PN sudah selesai pada Februari lalu, dengan ia kini diterajui Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, jawatan Ketua Pembangkang yang penting sebagai tonggak...





