JOHOR BAHRU: Kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura dijangka terus diperkukuh menerusi pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang dilihat sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan di kedua-dua negara.
Menteri Ekonomi, Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya bersama Menteri Tenaga Manusia yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Singapura, Dr Tan...





