Berbekalkan lebih sedekad pengalaman dalam khidmat masyarakat dan kepakaran industri daging halal, firma The Meat Brothers’ Pte Ltd terus memperkukuh pelaksanaan ibadah korban di Singapura dengan pendekatan yang tersusun, telus dan berteraskan semangat kebersamaan.
Syarikat ini diasaskan daripada daya usaha The Meat House yang telah lebih 10 tahun aktif dalam program kebajikan seperti pengagihan makanan percuma dan bubur Ramadan kepada...





