Berbekalkan lebih sedekad pengalaman dalam khidmat masyarakat dan kepakaran industri daging halal, firma The Meat Brothers’ Pte Ltd terus memperkukuh pelaksanaan ibadah korban di Singapura dengan pendekatan yang tersusun, telus dan berteraskan semangat kebersamaan.

Syarikat ini diasaskan daripada daya usaha The Meat House yang telah lebih 10 tahun aktif dalam program kebajikan seperti pengagihan makanan percuma dan bubur Ramadan kepada masyarakat setempat.

Pengalaman pasukan ini sejak tahun 1990-an dalam pengurusan ibadah korban turut memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap pelaksanaan yang mematuhi prinsip syariah.

Pada 2025, kepakaran tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila ia dijemput menyertai tender pelaksanaan korban oleh rumah penyembelihan milik anak Melayu di Australia, Alqudsi Agri.

Perkembangan ini menjadi pemangkin kepada penubuhan The Meat Brothers’ Pte Ltd sebagai entiti khusus yang memberi tumpuan kepada pengurusan korban secara lebih profesional dan sistematik.

Kini, firma ini diterajui tiga rakan perniagaan berpengalaman, Ustaz Muhammad Imran Ab Azis Khan, Encik Selamat Osman dan Encik Mohd Hidayat Hamzah.

Di bawah kepimpinan mereka, syarikat ini menawarkan pelaksanaan ibadah korban di Australia serta khidmat korban secara langsung di beberapa masjid terpilih di Singapura.

Bagi pelaksanaan korban tempatan, para sohibul korban akan dibimbing oleh petugas khas sepanjang keseluruhan proses.

Daripada pelaksanaan sembelihan sehinggalah penerimaan daging korban – pendekatan ini memberi pengalaman ibadah yang lebih teratur, telus dan bermakna kepada peserta.

Pelaksanaan sembelihan secara langsung bagi khidmat korban tempatan akan dijalankan di beberapa masjid terpilih di Singapura, antaranya Masjid Pusara Aman, Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang serta Al-Wehdah (Persatuan Arab) di Geylang.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama vendor tempatan, ALQMeats SG, bagi memastikan setiap proses korban berjalan lancar, tersusun dan mematuhi tuntutan syarak sepenuhnya.

Bagi penyembelihan di Australia pula, daging korban daripada program ini akan diterbangkan ke Singapura dan dibungkus rapi secara vakum dalam pek 1 kilogram bagi memastikan kesegaran serta memudahkan proses pengagihan kepada penerima.

Selain itu, bagi menghidupkan suasana kebersamaan, makanan panas disediakan kepada peserta dan keluarga yang hadir.

Bagi Korban 2026, baka biri-biri Dorper diperkenalkan sebagai pilihan utama kerana mutu dagingnya yang lebih baik, dengan anggaran berat antara 45 kilogram dengan 50 kilogram seekor.

“Melalui gabungan pengalaman, pendekatan profesional dan komitmen terhadap masyarakat, The Meat Brothers’ berharap dapat terus menyumbang kepada pelaksanaan ibadah korban yang lebih tersusun serta memberi manfaat luas kepada ummah di Singapura,” jelas Ustaz Muhammad Imran.

SEKILAS I:

Harga korban kambing di Singapura ialah $655. Bagi korban di Australia, harganya:

* Kambing: $340 seekor

* Anak kambing: $360 seekor

* Lembu: $2,300 seekor

Pengambilan daging korban dari Australia akan diadakan di Blok 538, Bedok North Street 3.

SEKILAS II:

* Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp ke talian 8010-4116 atau e-mel kepada themeatbrotherspteltd@gmail.com.

* Pembayaran secara tunai atau menggunakan CDC baucer juga diterima.