Delegasi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) menimba ilmu pembangunan pintar apabila mengadakan lawatan strategik ke JTC Corporation di Daerah Digital Punggol, Singapura, yang menjadi contoh daerah pintar bersepadu berasaskan teknologi dan ekonomi digital.
Lawatan yang diketuai Pengurus Besar Kejora, Encik Mohd Gadaffie Abd Aziz, memberi pendedahan langsung kepada model pembangunan yang menggabungkan perancangan guna tanah, strategi industri serta pembinaan ekosistem...





