JOHOR BAHRU: Dakwaan bahawa kira-kira 40,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Johor berisiko gulung tikar disifatkan tidak berasas, dengan kerajaan negeri menegaskan pendekatan pengurusan ekonomi dibuat berlandaskan data rasmi, bukan persepsi atau retorik politik.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata kenyataan bersifat retorik politik berpotensi mengelirukan persepsi awam dan...





