Tali akal perlu diikat ketat daripada godaan dan hawa nafsu usah sesekali dibiarkan terurai sudahnya boleh terbebat iman tergeliat rohani tersesat sepanjang jalan.
Tali akal mengikat teguh fikiran yang waras merafakkan sinar kebenaran betapa dalam sebuah kesabaran silap hari digomoli kealpaan terangsang kederhakaan tercabar tiada kesudahan upaya bertukar menjadi luka dan dalam berkasih sayang mampu bertukar menjadi benci.





