KUALA LUMPUR: Pendedahan mengenai siasatan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, termasuk dakwaan ‘mafia korporat’ dalam suruhanjaya itu, akan dibuat pada masa yang sesuai.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan kerajaan menanti maklum balas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan perlu memastikan semua prosedur selesai sebelum sebarang pendedahan...





