Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan melanjutkan pembatalan penerbangan antara Singapura dengan Dubai sehingga 31 Mei, di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Syarikat penerbangan itu, dalam kenyataan di laman webnya pada 31 Mac, memaklumkan mengenai pembatalan penerbangan SQ494 (Singapura ke Dubai) dan SQ495 (Dubai ke Singapura), dan meminta maaf kepada semua penumpang terjejas atas kesulitan yang dihadapi.





