SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SIA lanjut batal penerbangan S’pura-Dubai hingga 31 Mei

SIA lanjut batal penerbangan S’pura-Dubai hingga 31 Mei

Mar 31, 2026 | 7:45 PM

SIA lanjut batal penerbangan S’pura-Dubai hingga 31 Mei

SIA, SQ494, SQ496, Dubai, Singapura, geopolitik Timur Tengah
Singapore Airlines (SIA) membatalkan penerbangan SQ494 (Singapura ke Dubai) dan SQ495 (Dubai ke Singapura) disebabkan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. - Foto ST

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan melanjutkan pembatalan penerbangan antara Singapura dengan Dubai sehingga 31 Mei, di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Syarikat penerbangan itu, dalam kenyataan di laman webnya pada 31 Mac, memaklumkan mengenai pembatalan penerbangan SQ494 (Singapura ke Dubai) dan SQ495 (Dubai ke Singapura), dan meminta maaf kepada semua penumpang terjejas atas kesulitan yang dihadapi.

Sebelum ini, SIA telah mengumumkan pada 20 Mac bahawa kedua-dua penerbangan itu dibatalkan sehingga 30 April.

Dalam kenyataan terbaharunya pada 31 Mac, SIA berkata:

“Pelanggan yang terjejas oleh pembatalan penerbangan, akan ditempatkan semula pada penerbangan lain, atau boleh memohon bayaran balik sepenuhnya untuk bahagian tiket yang tidak digunakan.”

Pelanggan SIA yang membuat tempahan langsung bersama syarikat tersebut boleh menggunakan borang permintaan bantuan untuk mendapatkan bayaran balik.

Mereka yang membuat tempahan melalui ejen pelancongan atau syarikat penerbangan rakan kongsi dinasihatkan supaya menghubungi pihak tersebut secara langsung, untuk mendapatkan bantuan, tambahnya.

Syarikat penerbangan itu menggesa para penumpang untuk mengemas kini butiran hubungan mereka atau melanggan perkhidmatan notifikasi mudah alih, supaya dapat menerima kemas kini mengenai status penerbangan mereka.

Menurut SIA, memandangkan keadaan terus berubah, penerbangan SIA yang lain mungkin terjejas, lantas pelanggan boleh melayari laman status penerbangan SIA bagi mendapatkan maklumat terkini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg