KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh kapal milik Malaysia dijangka akan belayar dengan selamat melalui Selat Hormuz dalam beberapa hari akan datang menyusuli jaminan daripada Iran, walaupun ketegangan di rantau itu akibat perang dengan Amerika Syarikat-Israel, semakin meningkat.
Duta Iran ke Malaysia, Encik Valiollah Mohammadi Nasrabadi, berkata Tehran dimaklumkan tentang kehadiran kapal-kapal berkenaan di Teluk Parsi serta hasrat mereka untuk melalui laluan...





