Pemerintah mengambil pendekatan seimbang dalam penerapan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI), mengimbangi antara inovasi dengan keperluan langkah keselamatan, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.
Meskipun bidang digital, termasuk AI, sedang pesat membangun dan Singapura giat menggalakkan inisiatif AI demi memastikan ekonomi dan pekerja terus kekal berdaya saing, Cik Teo menegaskan kewujudan tadbir urus dan peraturan yang teguh...





