Prihatin melihat beban akademik yang kian membelenggu murid sekolah rendah, pelajar reka bentuk dalaman, Cik Syazmira Samsaimond, menyahut cabaran untuk merombak reka bentuk bilik darjah dan ruang pembelajaran.
Selama lapan bulan – dari Julai 2025 hingga Februari 2026 – pelajar berusia 20 tahun itu gigih menjalankan penyelidikan di sebuah sekolah rendah di timur Singapura.





