SEREMBAN (Negeri Sembilan): Pengasuh kepada ‘Baby Syifaa’ atau nama sebenarnya, Nour Rania Asyifaa, dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan. Hukuman ini dikenakan atas pertuduhan pengabaian yang membawa kepada kematian bayi itu pada 2022.
Hakim N Kanageswari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 41 tahun, pada hari terakhir perbicaraan kes yang menyayat hati ini,...





