Malaysia akan melaksanakan aturan kerja yang lebih fleksibel, termasuk pilihan bekerja daripada rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam, sebagai langkah menangani tekanan bahan api yang tercetus akibat konflik Amerika Syarikat-Iran ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pendekatan itu bertujuan memastikan kelangsungan perkhidmatan awam, di samping menyesuaikan kaedah kerja dengan keperluan semasa ketika harga bahan api termasuk petrol...





