TEHERAN: Iran dilaporkan sedang meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat bagi menamatkan perang yang semakin meluas di Asia Barat.
Bagaimanapun ia menegaskan, tidak bercadang mengadakan rundingan secara langsung dengan Washington walaupun Rumah Putih mendakwa rundingan itu “berterusan” dan “produktif”.





