Bekas ketua tentera udara, Encik Ng Chee Khern, akan mengambil alih jawatan Pengarah Iseas-Institut Yusof Ishak menggantikan pegawai kanan pemerintah veteran, Encik Choi Shing Kwok, yang akan melepaskan jawatan tersebut pada 31 Mac.
Setelah lapan tahun menerajui Iseas, Encik Choi akan dilantik sebagai penasihat kepada Pusat Pengajian Asean dan Program Perubahan Iklim di Asia Tenggara, di bawah naungan badan pemikir...





