SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bekas ketua tentera udara S’pura pengarah baru Iseas-Institut Yusof Ishak

Bekas ketua tentera udara S’pura pengarah baru Iseas-Institut Yusof Ishak

Mar 24, 2026 | 4:58 PM

Bekas ketua tentera udara S’pura pengarah baru Iseas-Institut Yusof Ishak

Encik Choi Shing Kwok (kiri) akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Iseas-Institut Yusof Ishak pada 31 Mac, dengan Encik Ng Chee Khern mengambil alih jawatan tersebut pada 1 April.
Encik Choi Shing Kwok (kiri) akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Iseas-Institut Yusof Ishak pada 31 Mac, dengan Encik Ng Chee Khern mengambil alih jawatan tersebut pada 1 April. - Foto INSTITUT ISEAS-YUSOF ISHAK

Bekas ketua tentera udara, Encik Ng Chee Khern, akan mengambil alih jawatan Pengarah Iseas-Institut Yusof Ishak menggantikan pegawai kanan pemerintah veteran, Encik Choi Shing Kwok, yang akan melepaskan jawatan tersebut pada 31 Mac.

Setelah lapan tahun menerajui Iseas, Encik Choi akan dilantik sebagai penasihat kepada Pusat Pengajian Asean dan Program Perubahan Iklim di Asia Tenggara, di bawah naungan badan pemikir itu.

Encik Ng, yang akan mula bertugas pada 1 April, pernah menjawat Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dari 2022 hingga 2025.

Sebelum menyertai perkhidmatan awam, beliau merupakan Ketua Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dari 2006 hingga 2009. 

Seterusnya, beliau memegang pelbagai peranan penting, termasuk Pengarah Divisyen Keselamatan dan Perisikan (SID) serta Setiausaha Tetap pembangunan pertahanan.

Dari 2014 hingga 2016, Encik Ng berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kesihatan, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Tetap pertama Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dari 2017 hingga 2022.

Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, memuji kepimpinan Encik Choi, yang telah melonjakkan Iseas menjadi pusat penyelidikan terkemuka dengan pengiktirafan antarabangsa yang tinggi.

Iseas, yang merupakan idea mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Goh Keng Swee, ditubuhkan pada tahun 1968.

Institut ini menumpukan kajian mendalam terhadap trend sosial, politik, keselamatan, dan ekonomi di Asia Tenggara.

Ia juga menempatkan Pusat Pengajian Asean dan Pusat Pengajian Apec (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg