DUNGUN (Terengganu): Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan adiknya maut bersama dua anak, selepas kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor dekat Felda Jerangau, Dungun, Terengganu, pada petang 23 Mac.
Dalam kemalangan kira-kira 6.10 petang itu, Cik Nurul Hafizah Shaary, 39 tahun, dan anaknya, Mohd Redzuan Arash Mohd Redzuan, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di...





