KOTA TINGGI (Johor): Kebakaran hutan belukar berhampiran Lebuhraya Bypass Punggai, menghala ke Sebana Cove, kini meliputi keluasan sekitar 150 hektar. Operasi memadamkan api sedang giat dijalankan.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melaporkan, kebakaran yang bermula sejak 21 Mac itu setakat ini telah berjaya dipadamkan di kawasan seluas 63 hektar, iaitu kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan...





