Setiap insan diuji oleh Allah swt dengan cara yang berbeza, namun reaksi dan tindak balas seorang Mukmin terhadap ujian tersebut yang akhirnya akan menentukan kejayaannya.
Semasa menyampaikan khutbah Aidilfitri di Masjid Sultan pada 21 Mac, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata ada dalam kalangan manusia yang diuji dengan kesusahan dan kemelaratan, manakala yang lain pula diuji dengan kesenangan dan kemewahan.





