Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah pemangkin baharu kepada ekonomi Johor dengan membuka ruang pelaburan berimpak tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan bermutu untuk rakyat negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata daya usaha strategik itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala, malah menjadikan Johor pintu masuk utama...





