Sebahagian badan Melayu/Islam (MMO) sedang merancang untuk memperdalam khidmat sokongan keluarga di pelbagai peringkat, termasuk untuk bekas pesalah wanita dan belia berisiko melalui rangkaian M KuasaTiga (M3) yang diperluas.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), badan-badan tersebut berkata mereka yakin rangkaian M3 yang diperluas menjadi M3+ itu boleh menyepadukan usaha mereka dengan agensi pemerintah bagi menyediakan program yang lebih mudah diakses...





