Dalam dunia yang semakin kompleks, sesi buka puasa yang menghimpunkan masyarakat memainkan peranan penting dalam menyatukan dan mengukuhkan Singapura, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
Menurut Encik Zhulkarnain, pendekatan “banyak tangan membantu” – iaitu apabila sektor swasta, pihak media dan organisasi masyarakat berganding bahu – merupakan pendekatan yang tepat untuk membina masyarakat...





