Pemerintah Singapura akan mengerahkan pesawat tentera Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi penerbangan kedua untuk membantu membawa pulang rakyat Singapura dari Jeddah, Arab Saudi, pada 12 Mac.
Pesawat MRTT yang dikerahkan ke Jeddah itu hanya berfungsi untuk menyokong operasi bantuan keberangkatan warga Singapura, menurut kenyataan bersama Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Pertahanan (Mindef)...





