Menguasai dwikecekapan dalam kecerdasan buatan (AI) dan bidang profesional adalah kunci untuk kekal relevan apabila kembali bekerja setelah mengambil cuti kerjaya, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam.
Beliau mengakui AI membuka ruang bagi mereka yang ingin kembali memasuki pasaran kerja untuk mengikuti perkembangan terkini dan terus meningkatkan diri.





