DHAKA: Bangladesh mengumumkan semua universiti awam dan swasta akan ditutup bermula 9 Mac dengan cuti Aidilfitri diawalkan, sebagai sebahagian langkah kecemasan untuk menjimatkan tenaga di tengah krisis bahan api yang semakin meruncing.
Keputusan itu diambil ketika negara berpenduduk kira-kira 170 juta orang tersebut berdepan ketidaktentuan bekalan tenaga susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat melibatkan Iran, Israel dan Amerika...





