Menjelang 2027, semua bilik darjah sekolah akan dilengkapi kipas tambahan yang lebih berkuasa, dan permukaan bangunan akan dicat dengan cat sejuk. Demikian janji Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau, di Parlimen pada 4 Mac.
Kementerian Pendidikan (MOE) juga bekerjasama dengan sekolah untuk mengenal pasti premis yang terkesan teruk akibat haba melampau, khususnya yang terhalang aliran...





