Singapura mengiktiraf dan menyokong Kenyataan Menteri Ehwal Luar Asean berhubung keadaan di Timur Tengah, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Dalam satu kenyataan Facebook pada 4 Mac, beliau berkata serangan yang semakin meningkat ke atas negara bukan penempur, termasuk yang disasarkan terhadap prasarana awam, tidak boleh diterima.





