Pemerintah akan meningkatkan peruntukan dana bagi menyokong usaha pemerkasaan kedwibahasaan yang dijalankan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Ibunda (MTLLPC) kepada $33 juta.
Peruntukan ini meliputi tahun kewangan 2026 hingga 2030 – lebih tinggi berbanding $30 juta yang diperuntukkan bagi tahun kewangan 2021 hingga 2025, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.





