BEIJIN: Dua rangkaian jenayah besar berpangkalan di Myanmar yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi rentas sempadan berjaya “ditumpaskan sepenuhnya”, ujar mahkamah tertinggi China pada 26 Februari, dengan 16 pesalah dijatuhi hukuman mati.
Mahkamah Agung Rakyat China memaklumkan perbicaraan melibatkan keluarga Ming dan Bai - dua daripada apa yang digelar “empat keluarga utama” yang mengawal sindiket jenayah di utara Myanmar telah selesai...





