Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong telah memberi jaminan bahawa pekerjaan tidak akan diabaikan sedang negara ini menggalak penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Singapura.
Bahkan, AI bukan sahaja akan digunakan untuk mengembangkan ekonomi negara ini, pemerintah juga akan memastikan pertumbuhan tersebut menyediakan pekerjaan serta gaji lebih baik bagi warga Singapura, kata beliau semasa menggulung bahas...





