JAKARTA: Polis Indonesia membongkar satu sindiket pemerdagangan bayi melalui media sosial dengan menyamar sebagai proses pengambilan anak angkat, selepas menahan 12 suspek dan menyelamatkan tujuh bayi.
Timbalan Ketua Badan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Nunung Syaifuddin berkata rangkaian jenayah itu dipercayai beroperasi sejak 2024 di beberapa wilayah dan meraih keuntungan ratusan juta rupiah.





