Masyarakat Yahudi di Singapura mengakui kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh ramai warga Palestin susulan konflik tragis antara negara itu dengan Israel, kata Ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel, pada 23 Februari.
Berucap menerusi rakaman video pada majlis berbuka puasa tahunan yang dianjurkan oleh Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dengan kerjasama Masjid Khadijah, Rabai Abergel turut menegaskan ikatan persahabatan yang menjadi...





