Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan mengadakan lawatan ke Malaysia pada 20 Februari atas undangan rakan sejawatnya dari negara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan pada 19 Februari, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Perdana Menteri Anwar, akan menjadi tuan rumah kepada Encik Wong bagi majlis berbuka puasa.





