Bulan Ramadan sentiasa membawa makna yang mendalam buat umat islam sedunia, dan bagi Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan) serta Anggota Parlimen GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam, ia menggamit kembali kenangan manis zaman kanak-kanaknya.
Dalam satu hantaran di Facebook selepas menyempurnakan solat tarawih pertama pada 18 Februari, beliau berkongsi memori indah seperti pergi ke masjid bersama...





