Menjelang Ramadan setiap tahun, ruang kolong blok dan dewan serbaguna di kawasan perumahan di seluruh Singapura diubah menjadi ruang solat tarawih melalui usaha kumpulan kariah.
Tahun ini, sebanyak 15,500 ruang solat telah disediakan oleh 46 kariah merata Singapura, sekali gus melengkapkan kapasiti ruang solat yang disediakan oleh masjid dan membantu membawa solat tarawih lebih dekat kepada penduduk di kawasan kejiranan...





